Resepi Kek Tapak Kuda

kek batik sedap

Resepi Kek Tapak Kuda

Resepi Kek Tapak Kuda

Kek tapak kuda ni diadun melalui kaedah all in one method. Pukul…

Kek Batik Sedap

Kek Batik Sedap

Resipi Kek Batik, sejak dari zaman Akak sekolah ramai kawan dan saudara…

Kek tapak kuda ni diadun melalui kaedah all in one method. Pukul semua bahan sampai kembang (kecuali butter yang kita masukkan pada saat akhir). Dan satu bahan yang penting dalam resepi ni ialah ovalette iaitu sejenis stabilizer yang buatkan tekstur kek jadi lebih lembut dan spongy. Sebab tu lah cara megadun pon berbeza dari kek yang lain tanpa penggunaan ovalette. Kalau ikut tips insyaAllah menjadi hasil kek tapak kuda ni. Hasilnya mudah digulung dan tak merekah. Nak buat hidangan raya pon sesuai sangat.

 

Bahan-bahan:

  • 60g tepung rendah protein
  • 90g gula aising
  • 1 sb / 20g ovalet
  • 1 sb serbuk susu
  • 1 sb serbuk koko
  • 2 sb air panas
  • 90g butter
  • 6 biji telur saiz A
  • 1 sk esen vanila
  • Sapuan coklat

Cara Penyediaan:

  1. Gris loyang (saiz 10x10x2 inci) dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
  2. Bancuh serbuk koko dengan air panas (boleh ganti emulco chocolate).
  3. Cairkan mentega atas api perlahan.
  4. Ayak tepung, gula aising dan susu tepung.
  5. Masukkan telur, ovalette dan bahan ayak tadi dalam mixing bowl.
  6. Start mixing speed low 30 saat kemudian tukar high speed selama 8 minit atau sampai adunan naik kembang putih.
  7. Tuang masuk butter suam dan esen vanilla sambil putar dengan low speed 1 minit.
  8. Asingkan 130-140g adunan dan kacau sebati dengan pes coklat tadi.
  9. Masukkan 1-2 sb adunan coklat dalam pipping bag.
  10. Tuang adunan coklat dalam loyang, ratakan dan tuang pulak adunan putih.
  11. Paip garisan (menggunakan adunan coklat dalam pipping bag) dan lorek untuk corak signature kek tapak kuda.
  12. Panaskan oven 15-30 minit kemudian bakar selama 25-30 minit, suhu 160C atas bawah.
  13. Bila kek dah masak, keluarkan dari loyang dan belah 2.
  14. Lapik meja dengan plastic cling wrap, letak kek dan paip chocolate spread.
  15. Lipat dan gulung kek dengan plastic cling wrap tadi.
  16. Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam sebelum potong.

Resipi Kek Batik, sejak dari zaman Akak sekolah ramai kawan dan saudara suka membuatnya. Kek batik adalah dessert yang sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa pun. Ada 2 jenis resipi kek batik iaitu menggunakan telur atau tanpa telur. Kalau resipi yang banyak telur, salutan kek batik agak kenyal dan tidak melekat.

Jika tanpa telur pula, salutan coklat akan sedikit melekat perlu direhatkan semalaman di dalam peti ais sehingga set atau beku kemudian baru dipotong kepada kiub kecil dengan cantik dan kemas untuk dihidangkan. Boleh tabur chocolate rice atau kekacang yang anda suka di bahagian lapisan paling atas sebelum disejukkan semalaman untuk lebih kelihatan cantik dan menarik. Selamat mencuba 

Bahan-Bahan:

  • 1 pek biskut Marie
  • 250g mentega/butter
  • 200g serbuk Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko, ayak
  • 3/4 tin susu pekat

Cara Penyediaan:

  1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Akak guna loyang berukuran 8″x8″.
  2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
  3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
  4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
  5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
  6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Tip:

  • Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Akak gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment

Recent Post

About Us

Lorem ipsum dolor sit amet, consec tetur adip iscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper.

Newsletter

[wpforms id="521"]

Contact Us

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing.